Wednesday 5 September 2012

IKS ???

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. 

Lesen dan Permit

Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.


Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.



Monday 3 September 2012

Welcome... ^_^


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!


dpkdaa2012.blogspot.com merupakan sebuah portal interaktif yang mengandungi direktori usahawan - usahawan IKS di kawasan Batu Pahat dan kawasan yang berdekatan, selain pelbagai maklumat terkini mengenai perkembangan IKS tanahair.
Tujuan penubuhan dpkdaa2012.blogspot.com adalah untuk memberi informasi terkini mengenai IKS kepada masyarakat Malaysia selain membantu para usahawan IKS mempromosikan perniagaan atau produk mereka bukan sahaja ke seluruh tanahair malahan ke seluruh dunia. Kami amat mengalu - alukan penyertaan anda ke dalam direktori ini.

Selamat Maju Jaya!
Ikhlas dari,
Pengurusan,  dpkdaa2012.blogspot.com

-admin-